Thursday, July 22, 2010

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA



Tanah Perkuburan Perang Dunia Kedua Taiping yang terletak di kaki Bukit Larut atau nama asalnya Bukit Maxwell dan berhampiran Taman Tasik Taiping. Perkuburan ini merupakan kuburan (tidak pasti samada kesemua jasad sebenar ditempatkan disini juga) para tentera kerajaan British yang terkorban sepanjang Perang Dunia Kedua berlangsung. Perkuburan ini menempatkan parajurit-parajurit dari Royal Malay Regiment, Gurkha, British dan Tentera Australia yang terbunuh semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Taman Peringatan ini terbahagi kepada dua kawasan yang dipisahkan dengan jalan raya utama menuju ke Bukit Maxwell iaitu kawasan bagi parajurit beragama Kristian dan bukan Kristian. Terdapat binaan konkrit salib besar di bahagian perkuburan parajurit Kristian. Di bahagian yang satu lagi terdapat kuburan para parajurit Islam dan Sikh yang kebanyakkannya datang dari India.



No comments:

Post a Comment